Asslamualaikum.
Di bawah ini adalah entri yang tertangguh dimasukkan pada 24 Ogos 2015 yang lalu.
Di bawah ini adalah entri yang tertangguh dimasukkan pada 24 Ogos 2015 yang lalu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Hajjah Hadijah binti Haji Umar telah meninggal dunia menghadap Tuhannya, Allah swt pada 19 Ogos 2015 bersamaan 4 Dzulqaedah 1436 H sekitar jam 3:15 petang di rumahnya di Kampung Lata Papan, Kuak, Lenggong Perak.
إن لله وإن إليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
وأكرم نزلها ووسع مدخلها
Pada 19 Ogos 2015 bersamaan 4 Dzulqaedah 1436H hari Rabu yang lalu, Hajjah Hadijah binti Haji Umar telah meninggal dunia kerana sakit tua sekitar jam 3:15 petang. Cucu-cucu beliau memanggilnya dengan panggilan 'Tokpah'.
Pada hari tersebut, tiada sebarang masalah kesihatan yang kelihatan. Bermula pada pagi hari, beliau telah melawat rumah anaknya Abdul Wahab untuk bersarapan pagi. Pada waktu tengahari pula, beliau makan tengahari dengan ditemani anak sulungnya Aedah yang dipanggil 'Maklong' oleh anak-anak saudara. Maklong memberitahu bahawa pada tengahari tersebut Tokpah makan seperti biasa cuma beliau agak berselera pada tengahari itu. Seperti rutin biasa, selepas makan Maklong akan pulang ke rumahnya yang terletak sebelah dengan rumah Tokpah.
Kebiasaannya selepas Zuhur, bunyi ketukan akan kedengaran. Bunyi ketukan daripada tongkat Tokpah memanggil Maklong. Kebetulan, pada hari tersebut seusai solat Zuhur, Maklong terlelap akibat terlalu mengantuk. Setelah terjaga dan merasa pelik kerana tiada mendengar bunyi ketukan, Maklong telah ke rumah Tokpah. Tiba sahaja di bilik Tokpah, Maklong mendapati Tokpah telah terbaring di hadapan cerminnya dalam keadaan rambut terurai untuk disikat.
***
