Wednesday, 5 August 2015

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog ini diwujudkan sebagai satu inisiatif menyimpan bahan atau maklumat mengenai salasilah dan keturunan Tok Pandai Dolah atau dipanggil Tok Betong. Beliau merupakan generasi teratas yang dapat dikenalpasti.

Mengikut kefahaman dan maklumat yang diturun-temurunkan kepada anak cucunya, Tok Pandai Dolah berasal dari Selatan Thailand atau lebih tepatnya di Pattani. Bermula wujudnya keturunan dan keluarga beliau di Semenanjung Malaysia apabila ada diantara anggota keluarga ini berhijrah ke Malaysia semasa Raja Siam menaiki tahkta suatu ketika dahulu.

Kerana takut atau dihalau, maka mereka berhijrah masuk ke Semenanjung Malaysia melalui negeri Kedah dan Kelantan dan turun sehingga ke Perak. Maka sehingga kini keturunan beliau kebanyakannya berada di tiga buah negeri tersebut.

Setakat ini sahaja pengenalan ringkas mengenai blog ini. Semoga ia membawa manfaat terutamanya kepada generasi seterusnya dan kepada sesiapa juga yang mempunyai atau tersambung jalur keturunannya dengan salasilah Tok Pandai Dolah ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment