Asslamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga kita semua sedang dan sentiada dalam rahmat Allah dan kelak mendapat syafaat Rasulullah saw.
Perkahwinan ayah dan emak saya boleh dikatakan sebagai penyambung hubungan keluarga yang besar.
Susur jalur dari ayah saya: Saya bin Abdul Karim bin Akasah bin Mat Isa bin Teh Ahmad bin Tok Talib. Ibu kepada Mat Isa ialah Asiah binti Osman (Hj.).
Susur jalur dari emak saya: Saya bin Faridah binti Yahya bin Muhammad bin Jamaluddin bin Tok Nai Kong. Jamaluddin berkahwin dengan Aishah. Tok Nai Kong berada lapisan pertama.
Susur jalur dari nenek sebelah ayah: Saya bin Abdul Karim bin Hadijah bin Umar bin Itam Sulaiman bin Abdul Samad.
Susur jalur dari nenek sebelah emak: Saya bin Faridah binti Hamidah binti Umar bin Itam Sulaiman bin Abdul Samad.
Talib dan Abdul Samad merupakan adik beradik, namun tidak dijumpai maklumat mengenai ayah dan ibu mereka. Mereka berdua berada lapisan pertama.
Teh Ahmad dan Itam Sulaiman merupakan sepupu.
Teh Ahmad telah berkahwin dengan Asiah binti Osman. Osman berada di lapisan pertama.
Itam Sulaiman telah berkahwin dengan Tijah binti Wan Derasa bin Tok Pandai Dolah atau Tok Betong. Tok Pandai Dolah merupakan perdu dan Wan Derasa berada di lapisan pertama.
Susur jalur dari ibu kepada datuk sebelah ayah: Saya bin Abdul Karim bin Akasah bin Fatimah binti Itam Sulaiman bin Abdul Samad.
Susur jalur dari ibu kepada nenek sebelah ayah: Saya bin Abdul Karim bin Hadijah binti Hafsah binti Muhammad bin Hassan. Ibu kepada Hafsah ialah Mariam binti Shafi’i (Hj.). Hassan dan Shafi’i berada di lapisan pertama.
Susur jalur dari ibu kepada datuk sebelah emak: Saya bin Faridah binti Yahya bin Jaharah (Zahrah). Keturunan daripada Yahya dan ke atas walaubagaimanapun tidak termasuk secara langsung dengan susur jalur Tok Pandai Dolah. (maklumat untuk setakat penulisan ini dikeluarkan).
Susur jalur dari ibu kepada nenek sebelah emak: Saya bin Faridah binti Hamidah binti Kamariah binti Basir.
Nenek sebelah ayah dan nenek sebelah emak adalah adik beradik satu bapa lain ibu. Umar (Hj.) berkahwin pertama kali dengan Hafsah. Setelah berkahwin, mereka berdua pergi menunaikah haji ke Mekah. Hafsah meninggal dunia di Mekah selepas melahirkan Hadijah. Umar pulang ke Tanah Melayu dan berkahwin pula dengan Kamariah dan melahirkan Hamidah.
Sedikit ringkasan:
- Perdu dalam salasilah ini ialah; Tok Pandai Dolah. Kod umum bagi perdu adalah 'P' dan kod bagi Tok Pandai Dolah adalah P-1.
- Lapisan pertama dalam salasilah ini ialah; Tok Talib, Abdul Samad, Osman, Wan Derasa, Hassan, Shafi’i dan Tok Nai Kong. Kod bagi lapisan pertama ialah L(A).
- Lapisan kedua dalam salasilah ini ialah; Asiah, Teh Ahmad, Itam Sulaiman, Tijah, Muhammad bin Hassan, Mariam, Basir, Jamaluddin dan Aishah. Kod bagi lapisan kedua ialah L(B).
- Lapisan ketiga dalam salasilah ini ialah; Mat Isa, Fatimah, Omar, Hafsah, Kamariah, Muhammad bin Jamaluddin dan Jaharah (Zahrah). Kod bagi lapisan ketiga adalah L(C).
- Lapisan keempat dalam salasilah ini ialah; Akasah, Hadijah, Yahya dan Hamidah. Kod bagi lapisan keempat ialah L(D).
- Lapisan kelima dalam salasilah ini ialah; Abdul Karim dan Faridah. Kod bagi lapisan kelima adalah L(E).
- Lapisan keenam dalam salasilah ini ialah; Saya. Kod bagi lapisan keenam adalah L(F).
- P-1 ialah Tok Pandai Dolah. P-2 ialah bapa kepada Abdul Samad dan Tok Talib. P-3 ialah bapa kepada Osman. P-4 ialah bapa kepada Tok Nai Kong.
Dengan Nama Allah, maka bermulalah pengembaraan dalam salasilah ini.
Wallahu a’lam…
No comments:
Post a Comment